Archive | 2019

Pembinaan modul latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) untuk daya tahan aerobik

 
 
 

Abstract


The Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) training module aims to improve physical training performance as in aerobic exercise. The face and content validity of the MAC-P Module has been accepted by the expert with an agreement percentage of 0.68 to 0.88. While the reliability of the module based on Cronbach Alpha values is between 0.65 and 0.94. The MAC-P effect is tested on the performance of aerobic resistance in Bleep tests, physical self efficacy and mental strength compared to conventional methods based on Psychological Skill Training (PST). The research design is the Randomized Subjects Pretest-Postest Control Group. The subject is a semester student of the UPSI Coaching Science program, divided into MAC-P (n = 21), PST (n = 21) and control (n = 21). The research instrument is Bleep, Mental Toughness Questionnaire (MTQ), and physical self-efficacy scale. Based on Analysis of Covariance (ANCOVA), there is a significant intervention effect on post-VO2max performance, mental strength, and physical self-efficacy. The MAC-P group shows post-VO2max and higher physical self-efficacy than PST and control groups. While the PST group obtained a higher post-mental score than MAC-P and control groups. In conclusion, MAC-P has more effect on aerobic performance than PST. The MAC-P approach strives to be an alternative besides PST towards improved performance in exercises that test aerobic endurance. Modul latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) bertujuan meningkatkan prestasi latihan fizikal seperti dalam latihan aerobik. Kesahan muka dan kandungan bagi Modul MAC-P telah diterima pakar dengan peratus persetujuan antara 0.68 hingga 0.88. Manakala kebolehpercayaan modul berdasarkan nilai Cronbach Alpha adalah antara 0.65 hingga 0.94. Kesan MAC-P diuji ke atas prestasi daya tahan aerobik dalam ujian Bleep , efikasi kendiri fizikal dan kekuatan mental berbanding kaedah konvensional berasaskan Psychological Skill Training (PST). Reka bentuk kajian adalah Randomized Subjects Pretest-Postest Control Group . Subjek adalah pelajar semester satu program Sains Kejurulatihan UPSI, yang dibahagikan kepada kumpulan MAC-P (n = 21), PST (n = 21) dan kawalan (n = 21). Instrumen kajian adalah ujian Bleep , Mental Toughness Questionnaire (MTQ), dan skala efikasi kendiri fizikal. Berdasarkan Analysis of Covariance (ANCOVA), terdapat kesan intervensi yang signifikan ke atas prestasi pasca VO2max, kekuatan mental, dan efikasi kendiri fizikal. Kumpulan MAC-P menunjukkan skor pasca VO2max dan efikasi kendiri fizikal yang lebih tinggi berbanding kumpulan PST dan kawalan. Manakala kumpulan PST memperoleh skor pasca kekuatan mental lebih tinggi berbanding kumpulan MAC-P dan kawalan. Kesimpulannya, MAC-P lebih memberi kesan terhadap prestasi aerobik berbanding PST. Pendekatan MAC-P berupaya menjadi alternatif selain PST ke arah peningkatan prestasi dalam latihan yang menguji daya tahan aerobik.

Volume 8
Pages None
DOI 10.15282/MOHE.V8I1.249
Language English
Journal None

Full Text