Archive | 2019

Pengubahsuaian raket badminton dalam meningkatkan prestasi kemahiran kanak-kanak

 
 
 
 
 

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengubahsuaian raket badminton dalam prestasi kemahiran kanak-kanak. Saiz raket badminton yang digunakan oleh kanak-kanak telah dikecilkan bagi membolehkan mereka bermain mengikut ciri-ciri fizikal mereka. Seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara 7 hingga 9 tahun, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bermain badminton telah menyertai kajian ini. Kanak-kanak telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan secara rawak iaitu kumpulan raket yang diubahsuai (RU) dan kumpulan raket piawai (RP). Kedua-dua buah kumpulan telah menjalani program latihan selama lima minggu, yang telah dikendalikan oleh seorang jurulatih yang berkelayakan. Prestasi pukulan hadapan peserta telah diukur dan dianalisis menggunakan ujian-t sampel bebas. Hasil keputusan telah mendapati bahawa kumpulan RU mempunyai prestasi pukulan hadapan yang lebih baik berbanding kumpulan RP apabila menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai. Selain itu, dapatan juga menunjukkan\xa0 kumpulan RU menunjukkan proses pemindahan pembelajaran kemahiran yang lebih baik semasa menggunakan raket yang diubahsuai dan raket piawai. Kesimpulannya, pengubahsuaian saiz raket dapat meningkatkan prestasi kemahiran di kalangan kanak-kanak dalam sukan badminton.

Volume 8
Pages None
DOI 10.15282/MOHE.V8I1.250
Language English
Journal None

Full Text