Jurnal Pendidikan Malaysia | 2021

Analisis Psikometrik Skala Grit-S Versi Bahasa Malaysia (Psychometeric Properties of the Malay Language Version of Grit-S Scale)

 
 
 

Abstract


Kajian terdahulu telah mengaitkan G rit iaitu ketekunan dan minat untuk jangka masa panjang, sebagai peramal kepada pencapaian, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah kejayaan dalam kehidupan. Skala Grit-S telah dibangunkan oleh pengkaji terdahulu untuk mengukur ciri-ciri Grit , namun, skala ini tiada dalam versi Bahasa Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik Skala Grit-S versi Bahasa Malaysia yang terdiri daripada lapan item. Seramai 180 orang mahasiswa IPT telah terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen dinilai melalui C ronbach’s Alpha, manakala kedua-dua analisis faktor penerokaan dan pengesahan telah dijalankan bagi mengenal pasti struktur dalaman skala Grit-S. Analisis korelasi pula dibuat untuk mengukur sejauh manakah kesahan diskriminan skala ini dengan skala lain. Dapatan menunjukkan skala ini memenuhi ciri-ciri psikometrik yang baik. Ujian kebolehpercayaan instrumen menunjukkan indeks yang boleh diterima manakala analisis pengesahan faktor menunjukkan model satu jenjang yang mengandungi dua faktor (seperti yang dihipotesiskan) mempamerkan kesepadanan yang baik berbanding model yang lain. Kesahan diskriminan mendapati korelasi negatif antara Grit dengan skala Prokrastinasi sekaligus menghala kepada kajian yang lebih komprehensif antara kedua-dua variabel dengan mengguna pakai sampel daripada IPT dan sekolah. Kesimpulannya, kebolehgunaan skala Grit S versi bahasa Melayu ini telah dibuktikan. Implikasinya, lebih banyak kajian boleh dijalankan dengan mengguna pakai skala ini khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia. Kata kunci: Grit; Pembangunan skala; Analisis faktor pengesahan (CFA); Analisis kebolehpercayaan instrumen; Prokrastinasi Previous studies have linked Grit, which is perseverance and interest for the long term, as a predictor to achievement, not only in education, but even success in life. The Grit-S scale has been developed by previous researchers to measure the characteristics of Grit, however, this scale is not available in a Malay Language version. The present scale development study is aimed at assess ing the psychometric properties of Malay Language Grit-S scale, which contains 8 items. A total of 180 undergraduates were involved in this study using convenience sampling. The internal consistency of the scale w as determined via C ronbach’s Alpha, while both the exploratory and confirmatory factor analys i s were employ ed to determine the construct validity of the instrument. The scale was also correlated against another exterior scale so as to assess its discriminant validity . Findings indicate that the scale meets good psychometric characteristics. Reliability test shows acceptable coeffcient, while the confirmatory factor analysis managed to show that the first order model consisting of two factors (as hypothesised) provided the best fit against the other models. The discriminant validity found a negative correlation between Grit and the Procrastination scale thus leading to a more comprehensive study between the two variables by adopting samples from HEIs and schools. In conclusion, the usability scale Grit S in the Malay language version has been proved. This study implicates that more studies can be conducted using this scale, especially in the context of education in Malaysia. Key Words: Grit; Scale development; Confirmatory factor analysis ; Reliability analysis; P rocrastination

Volume None
Pages None
DOI 10.17576/jpen-2021-46.01-06
Language English
Journal Jurnal Pendidikan Malaysia

Full Text