Archive | 2021

Kesultanan Aceh Era Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, 1607-1636: Penelitian terhadap Undang-Undang Islam

 
 

Abstract


IKHTISAR: Kemunculan undang-undang dalam Kesultanan Alam Melayu memang satu keperluan, kerana ia menjadi alat membanteras jenayah untuk mencapai keamanan. Undang-undang yang digubal biasanya dalam bentuk undang-undang Adat dan Islam. Undang-undang Adat dan Islam juga terdapat dalam Kesultanan Aceh dan wujud semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, 1607-1636. Ia dibuat sama ada secara bertulis, seperti yang terdapat pada Adat Meukuta Alam atau melalui titah Sultan. Makalah ini hanya akan menghuraikan undang-undang Islam pada zaman baginda. Fokus kajian hanya akan menumpukan kepada kes curi, bunuh, dan zina. Namun, perbincangan juga akan menyentuh undang-undang Adat jika ia berkaitan dalam melaksanakan kes jenayah. Pengumpulan data dilakukan dengan merujuk pada sumber sekunder yang mengandungi maklumat tentang undang-undang Kesultanan Aceh, antaranya buku, artikel, kertas kerja, tesis, dan laman sesawang yang boleh dipertanggungjawabkan secara akademik. Hasil perbahasan dalam makalah ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam digunakan pada zaman baginda Sultan Iskandar Muda, di samping undang-undang Adat. KATA KUNCI: Undang-Undang Adat dan Islam; Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam; Daulat. ABSTRACT: “The Sultanate of Aceh during the Era of Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, 1607-1636: Study on Islamic Law”. The emergence of law in Malay Sultanates was necessary, because it was used to contain crimes and to achieve peace. The law which was implemented were usually consisted of Customary and Islamic laws. Customary and Islamic laws also existed in the Sultanate of Aceh, especially during the reign of Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, 1607-1636. These laws existed either in written form as can be found in “Adat Meukuta Alam” or through the Sultan’s order. This article will only discuss on Islamic law during the Sultan’s reign. This essay will only be looking at the cases, namely theft, killing, and adultery. Nevertheless, this article will also discuss on Customary law if it were related to the cases above. Data collection was done by referring to secondary sources, which contain information on the law of the Sultanate of Aceh, the sources include books, articles, working papers, thesis, and reliable websites which can be used to support the argument academically. The findings from this article showed that Islamic law was practiced during the Sultan Iskandar Muda’s reign, besides Customary law.\xa0 KEY WORD: Law of Customary and Islam; Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam; Sovereignty. Mengenai Penulis: Prof. Madya Dr. Haji Awg Asbol Haji Mail ialah Pensyarah pada Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa FASS UBD (Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tungku Link, BE-1410, Negara Brunei Darussalam. Farahaina Anchong ialah Pelajar Pascasiswazah pada Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa FASS UBD. Alamat emel Penulis: [email protected] dan [email protected] Cara Mengutip: Mail, Haji Awg Asbol Haji & Farahaina Anchong. (2021). “Kesultanan Aceh Era Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, 1607-1636: Penelitian terhadap Undang-Undang Islam” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah , Volume 9(1), Maret, hlm.19-36. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press dan UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808 ( print ) and ISSN 2684-7388 ( online ). Riwayat Artikel: Diterima (15 Januari 2021); Direvisi (17 Februari 2021); and Diterbitkan (30 Maret 2021).

Volume 9
Pages 19-36
DOI 10.2121/SUSURGALUR.V9I1.1428
Language English
Journal None

Full Text