Archive | 2021
Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4
Abstract
IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mendalami perjalanan mendapatkan kemerdekaan di dua buah negara, iaitu Indonesia dan Malaysia, menurut sejarah yang dinukilkan di dalam buku teks, yang diperlajari di negara masing-masing. Perbandingan tentang bagaimana kemerdekaan dicapai, adakah benar seperti yang ditulis di dalam buku teks tersebut, dibincangkan dan diperhalusi sepanjang kajian bebas ini dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa dua buah negara ini, Indonesia dan Malaysia, mempunyai persamaan sejarah yang begitu hampir antara satu sama lain. Justeru, kajian ini dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah analisis kandungan, dan sorotan literatur mahukan mengklasifikasikan persamaan dan perbezaan yang wujud secara lebih tepat dan terperinci mengenai kronologi perjuangan kemerdekaan. Melalui kajian ini juga, perbincangan tentang fakta yang wujud dalam kedua-dua buku teks boleh dibandingkan serta ditentukan kesahihannya dengan merujuk kepada sumber-sumber penulisan ilmiah yang lain. Indonesia menempuh jalan revolusi, manakala Malaysia memilih jalan diplomasi dalam memperjuangkan kemerdekaannya. KATA KUNCI: Buku Teks Sejarah; Perjuangan Kemerdekaan; Indonesia dan Malaysia. ABSTRACT: “Chronology of the Independence Struggle in Indonesia and Malaysia: According to the History Textbook of Grade 11 High School and Grade 4 Secondary School”. This study aims to delve into the journey of independence in two countries, namely Indonesia and Malaysia, based on the history quoted in textbooks studied in these respective countries. Comparisons of the various independents required are exactly as written in the textbook that be discussed and refined throughout this independent study. General knowledge of these two countries, Indonesia and Malaysia, have historical similarities that are very close to each other. Thus, this study using a qualitative approach, content analysis methods, and literature review wants to classify the similarities and differences that exist more accurately and in detail about the chronology of the independence struggle. Through this study as well, the discussion of the facts that exist in the two textbooks can be different as well as choose their validity by referring to other sources of scholarly writing. Indonesia took the path of revolution, while Malaysia chose the path of diplomacy in fighting for its independence. KEY WORD: History Textbook; Independence Struggle; Indonesia and Malaysia. Mengenai Penulis: Norazam Hashimudin ialah Pelajar Sarjana Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Guru SK (Sekolah Kebangsaan) Malalin, Pulau Jambongan, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia. Andi Suwirta, M.Hum. ialah Pelajar Ph.D. by Research pada SPs UPI (Sekolah Pascasiswazah, Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Assoc. Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang ialah Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mel: [email protected] Cara Mengutip: Hashimudin, Norazam, Andi Suwirta & Mohd Mahzan Awang. (2021). “Kronologi Perjuangan Kemerdekaan di Indonesia dan Malaysia: Menurut Buku Teks Sejarah SMA Kelas 11 dan Sekolah Menengah Tingkatan 4” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah , Volume 9(1), Maret, hlm.55-74. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press dan UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808 (print) and ISSN 2684-7388 (online). Riwayat Artikel: Diterima (5 Januari 2021); Direvisi (9 Februari 2021); and Diterbitkan (30 Maret 2021).