Archive | 2021

APB dan FASS UBD Membuka Peluang Penyelidikan mengenai Brunei: Antara Cabaran dan Cadangan

 

Abstract


IKHTISAR: Kertas kerja ini – dengan mengguna-pakai pendekatan kualitatif dan kaedah sorotan literatur – membincangkan mengenai APB (Akademi Pengajian Brunei) dan FASS (Fakulti Sastera dan Sains Sosial) di UBD (Universiti Brunei Darussalam) dari segi sejarah penubuhannya; “nice area” bagi kedua-dua fakulti; dan bidang-bidang penyelidikan dengan kepakaran yang ada di kedua-dua fakulti. “Nice area” bagi APB UBD ialah kesultanan dan budaya Brunei, yang berteraskan MIB (Melayu Islam Beraja). Sementara bagi FASS ialah sejarah, bahasa, dan sastera Brunei. Selain itu, juga dibincangkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan peluang pengajian Pascasiswazah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di APB dan FASS UBD, dengan kemudahan-kemudahan yang diberikan bagi para Pelajar, sama ada dari dalam mahupun luar Negara Brunei Darussalam. Sesungguhnya, kerjasama dalam bidang penyelidikan antara satu atau lebih institusi-institusi di Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia diharapkan bukan sahaja akan mengeratkan lagi hubungan sesama tenaga akademik, malah yang lebih penting akan memperkembang dan memperluas skop penyelidikan; mempertingkatkan kualiti dan pencapaian keilmuan; serta pembinaan tamadun bangsa-bangsa Melayu di rantau Asia Tenggara. KATA KUNCI: Sejarah Penubuhan; APB dan FASS; Universiti Brunei Darussalam; Peluang dan Kerjasama Penyelidikan. ABSTRACT: “APB and FASS of UBD Open Research Opportunities on Brunei: Between Challenges and Recommendations”. This paper – using a qualitative approach and literature review method – discusses about the APB (Academy of Brunei Studies) and FASS (Faculty of Arts and Social Sciences) at UBD (University of Brunei Darussalam) in terms of the history of its establishment; nice area for both faculties; and areas of research with existing expertise in both faculties. Nice area for APB of UBD is Brunei sultanate and culture, which is based on the MIB (Malay Islamic Monarchy). While for FASS is the history, language, and literature of Brunei. Apart from that, also discussed the studies that have been done and the opportunities for Postgraduate studies at the Master and Doctor of Philosophy degree at APB and FASS of UBD with the facilities provided for Students, either from within or outside Brunei Darussalam. Indeed, collaboration in the field of research between one or more institutions in Brunei Darussalam, Indonesia, and Malaysia is expected not only strengthen ties among academics, but more importantly expand and develop the scope of research; improve the quality and achievement of knowledge; and constuction of Malay civilization of nations in Southeast Asia. KEY WORD: Establishment History; APB and FASS; University of Brunei Darussalam; Research Opportunities and Collaboration. Mengenai Penulis: Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah ialah Pensyarah di FASS (Fakulti Sastera dan Sains Sosial) dan APB (Akademi Pengajian Brunei) Universiti Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, Penulis boleh dihubunngi secara terus melalui emel di: [email protected] Cara Mengutip: Tengah, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji. (2021). “APB dan FASS UBD Membuka Peluang Penyelidikan mengenai Brunei: Antara Cabaran dan Cadangan” dalam SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah , Volume 9(1), Maret, hlm.75-94. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808 ( print ) and ISSN 2684-7388 ( online ). Riwayat Artikel: Diterima (10 Januari 2021); Direvisi (9 Februari 2021); dan Diterbitkan (30 Maret 2021).

Volume 9
Pages 75-94
DOI 10.2121/SUSURGALUR.V9I1.1431
Language English
Journal None

Full Text