Archive | 2019

PERSEPSI PENSYARAH BAHASA BERKENAAN GAYA BAHASA SURAT RASMI: SEJAUH MANA PENULISAN SURAT RASMI MENJADI SUATU MASALAH KEPADA MEREKA?

 
 
 
 
 
 

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi para pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pulau Pinang berkaitan masalah dalam penulisan surat rasmi yang melibatkan gaya bahasa. Gaya bahasa merupakan elemen yang paling penting dalam penulisan surat rasmi kerana ianya boleh memberi kesan kepada penerimaan sesuatu surat itu. Jika gaya bahasa yang digunakan adalah tidak tepat, maka ianya boleh juga mengakibatkan salah faham di antara pengirim dan penerima surat dan seterusnya menyebabkan sesuatu program itu tertangguh akibat kesalahan surat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan analisis dapatan data daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah sememangnya mengalami kekeliruan berkenaan gaya bahasa dalam penulisan surat rasmi dan peratusan tertinggi menunjukkan majoriti pensyarah yang bersetuju bahawa mereka keliru tentang penggunaan slogan/moto yang betul dalam penulisan surat rasmi. Kajian ini diharap dapat membantu penyelidik dalam menyediakan satu kaedah penyelesaian untuk memudahkan para pensyarah di APB UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam penulisan surat rasmi.

Volume 1
Pages 66-76
DOI 10.24191/IJMAL.V3I3.7684
Language English
Journal None

Full Text