Archive | 2021

Perlaksanaan Temubual Dalam Talian Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTM

 
 
 
 

Abstract


Pandemik COVID-19 telah menyebabkan perubahan kepada norma baru dalam kehidupan harian. Ini termasuklah dalam pemilihan calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Sekolah Pendidikan (SP), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Perlaksanaan temubual secara bersemuka bagi calon pelajar adalah merupakan prosedur standard yang dipraktikan oleh Sekolah Pendidikan sejak awal penubuhannya lagi (dahulu dikenali sebagai Fakulti Pendidikan, UTM) dalam pengambilan pelajar baru. Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi dalam mengekang penularan virus COVID-19. Sehubungan itu, perlaksanaan temubual yang praktikal dalam situasi yang dinamik dan selamat perlu dilaksanakan. Artikel ini mendokumentasikan perlaksanaan temubual dalam talian bagi calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di SP, FSSK, UTM bagi ambilan semester 1 sesi 2020/2021. Ia juga akan membincangkan perspeksi dan refleksi secara menyeluruh calon pelajar, penemuduga dan urusetia teknikal dalam pelaksanaan temubual dalam talian tersebut. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisa untuk mengambarkan hasil keseluruhan dapatan. Dapatan menunjukkan majoriti calon, penemuduga dan urusetia teknikal sangat bersetuju dengan perancangan dan perlaksanaan temubual dalam talian. Walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan boleh dibuat untuk meningkatkan lagi proses dan kualiti temubual dalam talian pada masa hadapan. Perlaksanaan temubual dalam talian secara synchronous dapat dijalankan dengan lebih efisyen sekiranya beberapa perkara diambilkira seperti yang dibincangkan. Ini dapat dijadikan panduan kepada organisasi / institusi yang menjadikankan temubual sebagai salah satu standard operasi prosedur (SOP) dalam pengambilan pelajar.

Volume 6
Pages 227-231
DOI 10.33102/SAINSINSANI.VOL6NO1.298
Language English
Journal None

Full Text