Ulum Islamiyyah | 2021

Cabaran Pengurusan Harta Tanah Wakaf: Kajian Kes Terhadap Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

 
 
 
 
 

Abstract


Management of waqf properties by Penang State Islamic Religious Council (MAINPP) as sole trustee of waqf has faced many challenges that need to be identified before any proposal on the development of the properties can be implemented. Hence, the proposed development may properly be realized and will achieve the waqf purposes. This article focuses on the challenges faced by MAINPP in the management of waqf properties in Penang. The data was collected through an analysis of the Penang State Waqf Report, published by Penang State Mufti Department, and supported by an interview with the Head of Waqf Unit of MAINPP. The study has identified four main challenges: Firstly, misunderstanding in the society regarding the role of MAINPP as sole trustee of waqf properties. Secondly, the leasehold status of endowed lands. Thirdly, legal disputes arising out of endowed lands. Fourthly, interference of heirs in management of waqf properties. The study concluded that it is important for stakeholders to scrutinize these challenges while planning for waqf properties development in Penang.\nABSTRAK\nPengurusan harta tanah wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selaku pemegang amanah tunggal wakaf berhadapan pelbagai cabaran yang perlu dikenal pasti sebelum sebarang cadangan pembangunan ke atas harta tanah tersebut dijalankan agar pembangunan dapat disempurnakan dengan baik serta mencapai maqasid wakaf. Artikel ini membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh MAINPP dalam mengurus harta tanah wakaf di Pulau Pinang. Data dikumpul melalui analisis Laporan Wakaf Negeri Pulau Pinang yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang serta disokong temubual terhadap Ketua Unit Wakaf MAINPP. Dapatan kajian menemui empat cabaran utama: Pertama, salah faham masyarakat terhadap peranan MAIN selaku pemegang amanah tunggal harta tanah wakaf. Kedua, status pegangan pajakan ke atas tanah yang diwakafkan. Ketiga, pertikaian undang-undang terhadap tanah yang telah diwakafkan. Keempat, campur tangan waris dalam pengurusan harta tanah wakaf. Cabaran ini penting untuk diteliti oleh pihak berkepentingan dalam menjalankan perancangan pembangunan harta tanah wakaf di Pulau Pinang.

Volume None
Pages None
DOI 10.33102/uij.vol33no1.242
Language English
Journal Ulum Islamiyyah

Full Text