Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) | 2021

Isu dan Cabaran Keluarga Sebagai Agen Kawalan Sosial dalam kalangan Remaja

 
 
 

Abstract


Remaja yang berkualiti merupakan aset negara yang perlu dibentuk dari awal. Kawalan sosial dalam kalangan remaja hendaklah dipantau dengan sewajarnya untuk mengelakkan salah laku di luar kawalan. Sungguhpun demikian, media massa dewasa ini kerap memaparkan pelbagai isu yang melibatkan remaja dalam gejala sosial. Walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan pelbagai program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kerjasama agensi keselamatan dalam mengekang gejala negatif ini, namun isu seperti vandalisme, penyalahgunaan dadah, seks rambang dan gengsterisme amat terpalit dengan remaja. Oleh itu, sistem hubungan kekeluargaan yang sedia ada perlu bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial tidak formal yang lebih sistematik bagi mengurangkan atau membanteras perkara negatif ini. Justeru, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga sebagai agen kawalan sosial serta perkaitannya dengan remaja. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temu bual secara bersemuka dalam mengumpulkan data. Teknik persampelan bertujuan digunakan terhadap kelompok remaja yang terlibat dalam salah laku yang ditemu bual secara bersemuka atas talian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi dalam keluarga adalah: keadaan anomie, subbudaya remaja, ibu bapa yang beranggapan remaja yang berumur 18 tahun tidak perlu dikawal secara penuh, remaja yang suka memberontak, kekangan masa, kekangan kewangan dan kepercayaan. Malah, terdapat juga beberapa topik yang telah disentuh semasa temu bual. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran keluarga sebagai agen kawalan sosial dalam kalangan remaja, tetapi pendekatan ideal adalah latar belakang agama keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak dari kecil selain daripada kerjasama semua pihak sebagai mekanisme kebejatan moral remaja.

Volume None
Pages None
DOI 10.47405/mjssh.v6i8.906
Language English
Journal Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

Full Text