Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) | 2021

Struktural Ekosistem dan Tadbir Urus Mahkamah Anak Negeri di Sabah

 
 
 
 
 

Abstract


Sistem perundangan tradisional dalam kalangan masyarakat orang asal merupakan sebuah peninggalan unik dari segi sistem kawalan sosial tingkah laku masyarakat serta banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat peribumi di seluruh dunia. Mahkamah Anak Negeri di Sabah merupakan institusi kehakiman yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal perbicaraan yang berlaku dalam kalangan penduduk orang asal atau yang lebih dikenali sebagai Anak Negeri di negeri ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran secara lebih mendalam berkenaan latar belakang ataupun sorotan literatur berkenaan struktural ekosistem dan tadbir urus yang dilaksanakan khususnya di Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu meruju dan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Antara dapatan kajian yang ditemui adalah penjelasan berkenaan struktural ekosistem Mahkamah Anak Negeri Sabah dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri Sabah pada masa kini. Misalnya, hasil daripada penelitian, didapati bahawa bidang tugas Ketua Kampung adalah agak banyak berbanding bidang tugas yang dipegang oleh perjawatan lain yang terdapat dalam struktur pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh dalam struktural ekosistem dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri adalah amat penting untuk memastikan fungsi Mahkamah Anak Negeri Sabah ini dapat dioptimumkan.

Volume None
Pages None
DOI 10.47405/mjssh.v6i8.979
Language English
Journal Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

Full Text