Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) | 2021

Sejarah Budaya Politik Wanita Cina di Semenanjung Malaysia

 
 
 
 

Abstract


Budaya politik imigran wanita Cina di Tanah Melayu tidak bersifat statik dan berubah mengikut masa dan keadaan. Hal ini kerana pada awalnya budaya politik imigran wanita Cina adalah berteraskan kepada Tanah Besar China. Ini dapat dilihat melalui penglibatan aktif imigran wanita Cina dalam PKM. PKM di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan PKM dari Tanah Besar China. PKM di Tanah Melayu bertindak menyalurkan perkembangan politik di Tanah Besar China. Selain itu juga, budaya politik imigran wanita Cina yang berorientasikan kepada Tanah Besar China dapat dilihat melalui penglibatan dalam aktiviti memboikot barangan Jepun, mengutip derma bagi membantu China dalam menentang pencerobohan Jepun di China dengan membentuk China Reliel Fund (Tabung Bantuan Perang Negara China), menyokong Pergerakan Tentera Pembebasan Nasional Nanyang serta menganjurkan aktiviti tunjuk perasaan anti-Jepun. Namun budaya politik imigran wanita Cina telah berubah kepada Tanah Melayu apabila kerajaan China tidak lagi membenarkan rakyat mereka memiliki dua kewarganegaraan. Malah pertambahan bilangan imigran wanita Cina di Tanah Melayu yang semakin meningkat menyebabkan imigran Cina mula berminat menetap di Tanah Melayu. Oleh itu budaya politik imigran Cina yang sebelum ini berteraskan kepada Tanah Besar China telah berubah ke Tanah Melayu. Malah kekejaman PKM, terhadap etnik Cina semasa Tanah Melayu diisytiharkan darurat oleh British telah menyebabkan sokongan imigran wanita Cina terhadap PKM telah semakin berkurang dan beralih kepada MCA.

Volume None
Pages None
DOI 10.47405/mjssh.v6i9.1027
Language English
Journal Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

Full Text