Azman Ab Rahman
Universiti Sains Islam Malaysia
Network
Latest external collaboration on country level. Dive into details by clicking on the dots.
Publication
Featured researches published by Azman Ab Rahman.
Journal of Fatwa Management and Research | 2015
Azman Ab Rahman; Mahazan; Nuradli Ridzwan Shah; W.R Wan Mohd. Fazrul Azdi; Rose Irnawaty Ibrahim; Norlina Ismail
Pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Perkembangan positif ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dari sudut kebajikan, sokongan sosial dan peningkatan kefahaman mereka terhadap agama Islam agar mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Institusi zakat merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bantuan berbentuk kewangan dan skim bantuan lain kepada golongan yang baru memeluk Islam atau mualaf. Pemberian skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti skim-skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia. Artikel ini turut menganalisis jenis skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia dengan mengemukakan cadangan skim bantuan tambahan yang wajar dilaksanakan oleh negeri-negeri tertentu. Hasil kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf supaya dapat dipertimbang oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia untuk dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup asnaf mualaf. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen. Kata kunci: Asnaf Mualaf, Skim Bantuan Zakat, Agihan Zakat di Malaysia, Analisis Bantuan Zakat dan Sistem Pengurusan Zakat.
Journal of Fatwa Management and Research | 2015
Azman Ab Rahman; M.S Irwan; A.M Mahazan; W.R Wan Mohd. Fazrul Azdi; M.D Nuradli Ridzwan Shah; Rose Irnawaty Ibrahim; Norlina Ismail
Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan Islam. Buktinya, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia merekodkan peningkatan jumlah mualaf sehingga 76,663 orang di seluruh Malaysia bagi tahun 2000 sehingga tahun 2009. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong golongan ini mendekati Islam. Misalnya, ada yang terkesan dengan penyampaian dakwah yang berhikmah oleh para daie yang mendekati golongan ini. Namun begitu, peranan pengurusan dan pengisian program selepas pengislaman seseorang individu sebagai daya tarikan kepada golongan ini tidak dapat diketepikan. Justeru, artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi mualaf terhadap pengisian dan program pembangunan mualaf yang disediakan khususnya di Negeri Sembilan. Pengenalpastian beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah dari sudut proses pengislaman, pengisian pengislaman dan program sokongan mualaf turut menjadi fokus perbincangan dalam artikel ini. Artikel mendapati bahawa pengisian sedia ada kepada mualaf hampir memenuhi kesemua aspek keperluan mualaf, namun masih terdapat beberapa lakuna yang memerlukan kepada penambahbaikan. Artikel mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memantapkan lagi pengurusan sedia ada terutamanya berkaitan modul atau kursus yang disediakan dan juga jangka masa kursus. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan pengurusan mualaf yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya dapat memantapkan lagi keberkesanan pengurusan mualaf mulai dari fasa sebelum, semasa dan selepas memeluk agama Islam. Kata kunci: Persepsi Mualaf, Pemelukan Agama Islam, Pengisian Pengislaman, Program Sokongan Mualaf, Negeri Sembilan.
Archive | 2018
Azman Ab Rahman; Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin; Muhammad Sabri Sahrir; Nurkhamimi Zainuddin; Hasanah Abd Khafidz
Journal of Education and Learning (EduLearn) | 2018
Azman Ab Rahman; Muhammad Sabri Sahrir; Nurkhamimi Zainuddin; Hasanah Abd Khafidz
SAINS INSANI | 2017
Azman Ab Rahman
Journal of Fatwa Management and Research | 2017
Irwan Mohd Subri; Ahmad Wifaq Mokhtar; Azman Ab Rahman; Hishomudin Ahmad; Norzulaili Mohd Ghazali; Nur Fatin Halil
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies | 2017
Azman Ab Rahman; Ibrahim Hussin Ibrahim; Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin; Ahmad Anis Muhd Fauzi
Advanced Science Letters | 2017
Azman Ab Rahman; Irwan Mohd Subri; D. N. A Said; H Hamdan; K. M Nor
Advanced Science Letters | 2017
Azman Ab Rahman; Hafidzi Hamdan; Dg. Nooremah Ag Said; Abdul Rahman Mohamed
Advanced Science Letters | 2017
Azman Ab Rahman; Muhammad Ridhwan Ab. Aziz; Mahazan Abdul Mutalib; Siti Zulaikha Mokhtar